Hadith-hadith berkaitan solat & Hari Jumaat 1. Rasulullah bersabda tentang waktu mustajab pada hari Jumaat, "Waktu itu bermula daripada ketika imam duduk (untuk memulakan khutbah) sehingga selesai solah Jumaat." (Muslim) 2. Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu apabila seseorang Islam berdoa kepada Allah bertepatan dengan waktu itu maka doanya pasti akan diterima oleh Allah SWT. Waktu itu ialah selepas solah 'asar’. (Musnad Ahmad: Fath ur-Rabbani). 3. Rasulullah SAW bersabda, "Matahari tidak terbit dan terbenam pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari Jumaat. (Yakni hari Jumaat ialah hari yang paling afdal). Semua binatang yang melata takutkan hari Jumaat (takut-takut kiamat akan berlaku pada hari itu) kecuali jin dan manusia." (Ibnu Hibban). 4. Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya hari Jumaat ialah penghulu segala hari dan hari yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada hari raya korban dan hari raya puas...
Comments
Post a Comment